BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengenalan kepada Unit 15 Geografi Tingkatan Satu, Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Dan Hidupan Liar.

Perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk yang pesat telah menyebabkan beribu-ribu hektar hutan ditebang untuk dijadikan kawasan pembalakan, pertanian , petempatan, perindustrian dan pengangkutan.Tahukah anda, penebangan hutan secara berluasa ini telah mendatngkan beberapa kesan negatif yang dapat menjejaskan kesejahteraan hidup manusia?

Penebangan hutan yang tidak terancang untuk aktiviti pembalakantelah menggangu keseimbangan ekosistem hutan tersebut .Ketidakseimbangan ekosistem ini mengurangkan sumger makanan dan habitat semula jadi hidupan liar .Akibatnya, terdapat sebilangan spesis hidupan liar tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekosistem yang baru.


Gangguan ini seterusnya akan menyebabkan kematian serta kejatuhan kadar pembiakan hidupan liar yang sedang mengalami kepupusan di Malaysia ialah orang utan, harimau, badak sumbu, seladang, tapir, siamang dan memerang.Generasi yang akan datang mungkin tidak berpeluang untuk mengenali kehidupan-kehidupan ini lagi.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan pemburukan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan. Hidupan liar ini diburu untuk mendapatkan daging, bulu, kulit, dan diperlukan dalam bidang perubatan tradisional. Sekiranya kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, hidupan liar ini akan pupus. Contoh hidupan liar yang diancam pemburuan haram ialah Harimau Malaya, badak sumbu, pe;anduk, dan kijang.

Kata Kunci
Ketidakseimbangan ekosistem: Satu keadaan yang mengganggu atau memusnahkan sesebuah ekosistem.