BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar Pada Masa Depan

Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan, pertanian, dan petempatan

1. Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi
· Kepupusan pelbagai jenis spesies pokok hutan dan tumbuh-tumbuhan istimewa yang tidak mungkin tumbuh kembali dalam masa yang singkat.
· Menjejaskan keaslian tumbuh-tumbuhan semula jadi.
· Kehilangan hasil-hasil hutan yang berharga.
2. Kesan terhadap hidupan liar
· Hidupan liar kehilangan habitat dan terpaksa mencari habitat baru.
· Kepupusan hidupan liar seperti memerang, orang utan, pelanduk, dan seladang.
· Menjejaskan kadar pembiakan hidupan liar.
· Kekurangan makanan.
· Mengganggu tanaman manusia.
3. Jangkaan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pada masa depan
· Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar akan pupus.
· Habitat semula jadi tergganggu.
· Hakisan tanih akan mengurangkan kesuburan tanih dan menjejaskan sektor pertanian.
· Suhu permukaan bumi meningkat dan mengubah keadaan cuaca tempatan.
· Punca pendapatan hasil hutan terjejas.
· Pengunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan dapat mengganggu keseimbangan ekosistem.
Þ Bahan beracun dapat memusnahkan hidupan air seperti ikan, udang, dan ketam.
Þ Bahan beracun dapat memusnahkan organisma pengurai seperti bakteria dan kulat.
· Generasi baru tidak kenal tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.