BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aktiviti-aktiviti Manusia Yang Menghapuskan Hutan Dan Hidupan Liar.

Aktiviti-aktiviti Manusia Yang Menghapuskan Hutan Dan Hidupan Liar.

Aktiviti Pertanian

1. Tumbuh-tumbuhan semula jadi diganti dengan tanaman kelapa sawit.

2. Penanaman di cerun curam tanah tinggi mengakibatlan tanah runtuh.
Penggunaan bahan kimia sepertiv racun serangga dan baja kimia menceamrkan air dan tanah.

3. Hidupan liar kehilangan habitat dan sumber makanan.

4. Haiwan liar memusnahkan tanaman. 

5. Aktiviti pertanian menyebabkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. Kawasan hutan telah diteroka dan digantikan dengan kawasan pananaman koko, kelapa sawit, getah dan sebagainya. Pertanian telah mengubah lanskap asli kepada lanskap pertanian.



Aktiviti Pembalakan




1. Penebangan hutan kerana pembukaan kawasan.

Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan. Keseimbangan ekosistem kawasan hutan terganggu. Akibatnya flora dan fauna kehilangan habitat masing-masing. Hidupan liar akan berhijrah keluar dari hutan.

Jentera memusnahkan pokok muda.


Aktiviti Petempatan 

1. Hutan ditebang dan digantikan dengan bangunan untuk menampung keperluan hidup manusia.
2. Pembangunan petempatan turut memberi sumbangan kepada kemusnahan tumbuh-tumbuhan semula jadi.


Kesan Alam Sekitar Akibat Kepupusan Tumbuhan Semulajadi
1. Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi. Karbon dioksida melebihi oksigen di atmosfera.

2. Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan.

3. Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi.

4. Tiada pokok untuk menyerap haba matahari.

5. Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin.

6. Rantaian makanan haiwan terjejas.

7. Habitat haiwan terganggu.

8. Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan.

9. Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan ( akibat air larian) angin dan cahaya matahari.

10. Sungai cetek, keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak.

11. Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek



Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semulajadi Dan Hidupan Liar Pada Masa Hadapan. 

1. Kegiatan manusia mambawa kesan terhadap tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pada masa depan.

2. Tumbuhan semula jadi dan sepsis hidupan liar akan pupus.

3. Kawasan hutan menjadi kurang.

4. Kawasan petempetan, pertanian, dan perindustrian akan bertambah.

5. Spesies hidupan liar menjadi kurang kerana habitatnya musnah.

6. Sumber bekalan air terjejas dan masalah kekurangan bekalan air kerap berlaku.

7. Flora dan fauna akan kelihatan di tempat perlindungan yang khas.

8. Sungai menjadi kering dan pencemaran sungai akan berlaku.

9. Suhu persekitaran meningkat dan mengubah keadaan cuaca tempatan.

10. Generasi akan datang tidak kenal akan tumbuh-tumbuhan semula jadi.